Sunday, June 8, 2008

KENAPA SUSIDI MINYAK PERLU DIKURANGKAN



Bagi kerajaan, langkah mengurangkan subsidi bahan bakar merupakan cara terbaik untuk memastikan wang yang diperoleh daripada pembayar cukai, digunakan secara lebih produktif seperti menambah baik kemudahan pendidikan, kesihatan dan prasarana demi faedah rakyat sendiri, daripada membiarkan sebahagian besarnya dibelanjakan secara tidak berhemat oleh pemilik kenderaan.

Kerajaan membuat keputusan untuk menangani isu itu secara berterus terang bagi mengelak rakyat menjadi semakin marah berikutan kenaikan harga bahan bakar. Kini, pemberian subsidi ini melibatkan hampir sepertiga daripada jumlah bajet negara.

Bagi Senator Datuk Gooi Hoe Hin kerajaan tidak lagi mampu untuk terus memberi subsidi terhadap bahan bakar apabila harga minyak mentah mencecah hampir AS$140 setong. Memberi subsidi umpama memberi candu. Apabila rakyat sudah menjadi penagihnya, amat sukar untuk menariknya kembali kerana mereka akan mula mempersoalkan kenapa ia perlu dikurangkan. Datuk Gooi Hoe Hin menghadiri satu taklimat oleh Perdana Menteri berhubung kenaikan harga bahan baker ini.

Presiden Persatuan Pelabur Malaysia (MIA) Datuk P.H.S. Lim berkata sebelum ini, kerajaan tidak menaikkan harga bahan bakar kerana ingin menjadi popular. Beliau berpendapat kerajaan sepatutnya hanya memberi subsidi bagi bahan makanan dan pengangkutan awam, bukan terhadap bahan bakar kegunaan kenderaan persendirian kerana langkah itu mengakibatkan wujudnya ketidakcekapan dalam sistem ekonomi.

Kerajaan juga, kata beliau, sepatutnya memperkenalkan setem makanan bagi membantu mengurangkan perbelanjaan yang terpaksa ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah untuk membeli bahan makanan.

Penganalisis politik Khoo Kay Peng pula berkata jumlah subsidi bahan bakar telah meningkat dengan mendadak sejak 1982 dan apabila Abdullah mengambil alih teraju pentadbiran negara ini pada 2004, keadaan sudah mencapai tahap yang tidak lagi mengizinkan kerajaan untuk terus menghulurkan subsidi berikutan harga minyak yang melonjak.

Kata beliau pentadbiran Abdullah berpendapat bahawa penjimatan wang pembayar cukai hasil daripada pengurangan pemberian subsidi, perlu disalurkan ke jalan lebih baik seperti menambah baik sistem pengangkutan awam untuk memberi lebih banyak manfaat kepada golongan berpendapatan rendah.

Hakikat bahawa Malaysia adalah negara pengeluar minyak dan Petronas meraih keuntungan sejak sekian lama, sering mendorong kebanyakan rakyat Malaysia untuk bertanya kenapakah subsidi minyak tidak boleh terus diberi kepada mereka.

Ahli politik pembangkang mendakwa penjelasan kerajaan bahawa harga runcit petrol RM2.70 sekarang masih rendah berbanding di negara lain di rantau ini, tidak boleh diterima kerana ia sepatutnya dibandingkan dengan harga di negara pengeluar minyak mentah lain.

Emiriyah Arab Bersatu (RM1.19 seliter), Mesir (RM1.03 seliter), Kuwait (RM0.67 seliter), Arab Saudi (RM0.38 seliter), Nigeria (RM0.32 seliter) dan Venezuela (RM0.16 seliter).

Mengulas perkara ini, Ketua Ahli Ekonomi RAM Consultancy Services Dr Yeah Kean Leng berkata memang tidak dapat dinafikan bahawa negara pengeluar minyak lain dan malah, sesetengah negara membangun, memberi subsidi yang besar jumlahnya bagi harga bahan bakar.

Penganalisis politik Ong Kian Ming pula berkata Petronas tidak boleh terus memberi subsidi terhadap harga bahan bakar memandangkan keuntungan kasarnya sudahpun dimasukkan ke dalam tabung kerajaan melalui cukai, dividen dan royalti. Lagipun, kata beliau, Petronas hanya menguasai 30 peratus daripada pasaran runcit tempatan dan ini bererti subsidi selebihnya akan jatuh ke tangan syarikat minyak asing.

Ketika membentangkan penilaian beliau tentang keadaan semasa, Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Hassan Marican secara berterus terang berkata Petronas akan gulung tikar dalam tempoh 10 tahun lagi jika semua keuntungan yang diperolehnya diserahkan kepada kerajaan bagi membiayai subsidi bahan bakar.

Untuk rekod, Petronas membayar RM52.3 bilion kepada kerajaan dalam bentuk cukai, royalti dan dividen pada tahun kewangan lepas dan jumlah ini merupakan 32 peratus daripada hasil yang dijana oleh kerajaan pusat.

Rebat yang dibayar secara tunai kepada pemilik kenderaan yang layak di bawah penstrukturan subsidi petrol da diesel dianggap sesetengah pihak masih belum memadai bagi menyerap kenaikan harga minyak. Penasihat FOMCA, Prof Datuk Dr Hamdan Adnan, bagaimanapun mahu rakyat melihat pemberian rebat ini dalam konteks yang lebih luas.

Rebat tunai sebanyak RM625 setahun diberikan kepada pemilik kenderaan persendirian berkapasiti enjin sehingga 2000cc serta trak pick up dan jip berkapasiti enjin sehingga 2,500cc. Pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc pula akan menerima bayaran tunai sebanyak RM150 setahun. Bayaran tersebut meliputi kenderaan dengan cukai jalan berkuatkuasa 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009.

Prof Datuk Dr Hamda berkata, pemberian rebat tunai ini tidak harus ditolak memandangkan kerajaan mempunyai peruntukan khas untuknya. Namun mekanisme rebat tunai ini mungkin dapat dikaji atau digantikan dengan cara yang lebih jelas dan tidak membebankan.

Menurut Profesor Datuk Dr Hamdan, selain daripada pemberia subsidi dalam bentuk rebat tunai, orang ramai juga perlu menyumbang ke arah menjimatkan kos bahan api yang ditanggung mereka.

Berkongsi kereta, meruakan salah satu cara berkesan dalam meringankan beban bahan api yang ditanggung orang ramai. Amalan berkongsi kereta ini perlu dihidupkan semula dan dilihat sebagai sesuatu yang amat praktikal pada masa sekarang.

Cadangan kepada kerajaan, mengeluarkan lebih banyak kereta nasional yang berkapasiti rendah agar penggunaan kos bahan api dapat dijimatkan. Sekaligus dapat menembangkan industri automotif negara. asyarakat juga perlu bijak berbelanja dan menjalani gaya hidup yang sederhana agar tiada pembaziran berlaku.

Keputusan penstrukturan semula pengagihan subsidi oleh kerajaan dilihat sebagai satu langkah yang amat drastik. akikat sebenar langkah bijak untuk menjamin kestabilan ekonomi negara bagi jangka masa panjang. Ini kerana pengagihan subsidi yang terlalu tinggi boleh menejjaskan defisit fiskal seterusnya akan menambahkan lagi hutang negara.

Fenomena kenaikan harga minyak merupakan satu isu global. ebelum ini, ralyat Malaysia tidak begitu merasai bahang kenaikan harga minyak dunia berikutan dilindungi subsidi sekitar RM56 bilion. Apabila diumumkan penstrukturan semula subsidi petrol negara, jimat sehingga RM13.7 bilion.

Penjimatan ini akan diagihkan kepada beberapa sektor lain bagi tujuan pembangunan negara dan sebalik pengagihan ini, rakyat masih menikmati subsidi sebanyak 30 sen bagi setiap liter.

1 comment:

ainas said...

Kalau harga minyak naik harga barang pun akn turut naik akibat kesan domino. Kenapa perlu rebat tunai. adakah kajian dibuat hingga rebat tunai di perkenalkan. Bayar gaji 2 kali sebulan macam tak logik. Shahrir Samad menjawab soalan di rtm pun macam tak bersungguh-sungguh. Dan saya hairan bila dia kata wnag petronas tulah nak bagi subsidi minyak,subsidi makanan, subsidi pendidikan dan macam-macam lagi. Semuanya dari sumber petronas. Negara kita ni tak ada sumber lain ke. Bosan engan apa yang berlaku sekarang. Pendekatan yang dibuat tidak mengubah apa-apa.
UMNO bersedialah apa yang sepatutnya sebab ahli UMNO sekarang dah malu nak mengaku orang UMNO.
p/s
kata orang sekarang gila blg. kenapa tak ada orang beri komen kat blog ni?