Sunday, June 29, 2008

BERKEMPEN MENGIKUT GARIS PANDUAN

Ketua Penerangan Umno, TS Muhammad Muhamad Taib berkata calon-calon yang akan bertanding pada pemilihan Umno Disember ini boleh berkempen tetapi mestilah mengikut garis panduan yang akan dikeluarkan ibu pejabat Umno nanti.

Beliau berkata garis panduan berkenaan iaitu Kod Tata Etika Baru Pemilihan Umno akan dikeluarkan ibu pejabat Umno pada 17 Julai ini.

Ketua Penerangan Umno, TS Muhammad Muhamad Taib berkata :

“....Umno, oleh kerana dia satu badan yang formal kenalah digariskan betul-betul, tapi I’m sure ada yang tertinggal. Saya harap ahli-ahli parti patuh pada tatasusila hendak menjaga kekuatan parti elaklah dari terjebak dalam perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh parti.........”

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tata etika baru yang diluluskan Majlis Tertinggi (MT) Umno baru-baru ini. Terdapat beberapa calon yang membuat rungutan dan meminta Umno mengambil pendirian yang tegas samada membenarkan mereka berkempen atau sebaliknya.

1 comment:

Anonymous said...

dh nama kempen...mesti ada lobi melobi...cakap bodoh x terima...bangang marah...yg kau tu sibuk rasmi kemas sana sini tu apa...sudahlah pak mnteri kg..aku setakat blanja kt old town kira ok lah...hazel nut coffee satu