Sunday, June 29, 2008

KM MELAKA TAK SETUJU; PEMUDA SOKONG SIAR DEBAT

Naib Presiden Umno, DS Mohd Ali Rustam tidak bersetuju jika RTM menyiarkan debat antara Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, DS Anwar Ibrahim berkaitan kenaikan harga minyak.

Beliau berkata adalah tidak wajar bagi RTM yang dimiliki kerajaan, jika mahu menyiarkan debat itu yang melibatkan DS Anwar yang sering menghentam kerajaan Barisan Nasional.

Naib Presiden Umno, DS Mohd Ali Rustam berkata :
“.....Saya berpendapat ini tindakan yang tidak wajar dan tidak relevan, langsung tak kena, langsung tak sesuai. Ia ibarat ambil pisau tikam diri sendiri, siapa Anwar Ibrahim kita nak bagi dia tempat dalam TV untuk membincangkan kenaikan harga minyak. Dia bertanding pun tidak, Ketua Parti pun tidak dan kredibel dapat tempat untuk mengutuk kerajaan dalam TV..Siapa dia? Kita bekerja bertungkus lumus untuk membela rakyat, menerangkan kepada rakyat......”

DS Mohd Ali yang juga KM Melaka mengulas penganjuran debat bertema "Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak" anjuran portal berita Agenda Daily yang dijadualkan pada 15 Julai depan di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Manakala, Pergerakan Pemuda Umno menyambut baik debat mengenai harga minyak antara Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), DS Anwar Ibrahim kerana ia akan memberi peluang kepada rakyat menilai antara realiti dengan janji yang dibuat pembangkang.

Naib Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata debat itu akan memberi peluang kepada rakyat menilai janji-janji yang dibuat oleh pembangkang untuk menurunkan harga minyak.

Kenyataan Naib Ketua Pemuda Umno,Khairy Jamaluddin :

“....Sebelum ini mereka bercakap dalam ceramah sahaja tiada siapa tanya apa kaedah...kini kerajaan boleh bertanya mereka.........”

“....Rakyat boleh tanya .... janji menurunkan harga minyak.....”

Beliau berkata kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan dengan pemimpin akar umbi dari enam bahagian Pemuda Umno di sini hari ini. Debat bertema "Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak" anjuran portal berita Agenda Daily itu dijadualkan pada 15 Julai depan di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Datuk Ahmad Shabery dan DS Anwar telah mengesahkan penyertaan mereka dan debat itu juga mungkin akan disiarkan secara langsung oleh beberapa stesen televisyen. Khairy berkata debat itu baik kerana ia memberi peluang kepada wakil kerajaan untuk memberi pandangan dan penjelasan berhubung isu berkenaan.

1 comment:

Anonymous said...

debatlah...ada BRANNNN kaaaaaa