Sunday, June 29, 2008

CADANG BELI KONSESI LEBUHRAYA


MCA Selangor hari ini memohon kerajaan supaya mengurangkan atau menghapuskan bayaran tol di lebuh raya di Selangor bagi meringankan beban rakyat berikutan kenaikan harga minyak baru-baru ini.

Timbalan Pengerusi MCA Selangor, Datuk Tang See Hang berkata penghapusan atau pengurangan tol dapat dilaksanakan jika kerajaan membeli balik syarikat konsesi lebuh raya. Untuk tujuan itu, kerajaan boleh menggunakan pembayaran subsidi untuk petrol yang telah dijimatkan dan keuntungan yang diraih oleh Petronas hasil daripada peningkatan harga minyak mentah di pasaran antarabangsa yang mencecah US$142 setong semalam.

Oleh kerana Khazanah Nasional Bhd dan KWSP memegang 74.05% ekuiti dalam Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), MCA Selangor mencadangkan kerajaan persekutuan membeli PLUS dan seterusnya memansuhkan atau meminimumkan pembayaran tol.

Timbalan Pengerusi MCA Selangor Datuk Tang See Hang berkata :

“.....Jika kerajaan berhasrat untuk membeli PLUS, ia cuma perlu membeli sebanyak 1.3 bilion saham jika mengikut harga pasaran pada 20 Jun lepas iaitu RM2.82 sesaham, kerajaan hanya perlu menggunakan wang sebanyak RM3.67 bilion untuk memiliki syarikat PLUS sepenuhnya........”

Selangor merupakan negeri yang mempunyai banyak tol di mana daripada 28 syarikat konsesi lebuhraya yang beroperasi di Malaysia, 15 daripadanya mengendalikan lebuhraya di Selangor manakala kadar tol lebuhraya PLUS perlu dinaikkan setiap tiga tahun dan kerajaan terpaksa membayar pampasan jika kadar tol tidak dinaikan.

Oleh itu, beliau berkata MCA Selangor akan menghantar memorandum kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Ir Mohd Zin Mohamad pada 7 Julai ini berhubung pengurangan dan penghapusan bayaran tol di lebuh raya dalam negeri Selangor.

No comments: