Sunday, November 16, 2008

BARISAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN PASIR GUDANG 2008 ~ 2011


Ucapan tahniah dan syabas kepada barisan kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang yang baru dipilih baru-baru ini. Moga-moga dengan barisan baru ini dapat memantapkan lagi serta memulihkan imej UMNO di mata masyarakat. Semua sayap dalam UMNO (Wanita / Pemuda / Puteri) perlu memainkan peranan yan penting masing-masing. Semoga kehadiran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang dapat dirasai oleh semua. Disertakan barisan saf kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang yangbaru bagi penggal 2008 ~ 2011.


Pengerusi Tetap

Sdr Moienuddin bin Zakaria




Timbalan Pengerusi Tetap

Sdr Najahan bin Maskom




Ketua Pemuda

Sdr Rohazam Shah bin Ahmad




Naib Ketua

Sdr Roslan bin Hassan




Pen. Setiausaha

Sdr Mohd Fadil bin Abu Kassim




Pen. Bendahari

Sdr Rosli bin Mohamed




Ketua Penerangan

Sdr Ramli bin Ahmad




Ahli Jawatankuasa

Sdr Mohd Fairuz bin Othman

Sdr Amran bin Arsat

Sdr Ridzuan bin Yahya

Sdr Abd Rashid bin Mohamed Nor

Sdr Ahmad Zaki bin Salikin

Sdr Mohd Radzi bin Hj Wahab

Sdr Huzailizan bin Misron

Sdr Muzilan bin Kamis

Sdr Mohd Azhar bin Othman

Sdr Roszaidi bin Ramlee

Sdr Mohd Khalimi bin Mohd Lia Khad Ali

Sdr Kamarulariffin bin Mohamed

Sdr Wan Hazan Amru bin Wan Hasbullah

Sdr Asren bin Ahad

Sdr Mohd Zamri bin Mohd Idros

Sdr Keliwan bin Misran

Sdr Azman bin Ajis

Sdr Nor Azleen bin Amrose


Sebarang maklumat atau pertanyaan berhubung Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang, boleh di ajukan kepada Penolong Setiausaha, Sdr Mohd Fadil bin Abu Kassim (0137531545). Harap maklum.

Sunday, June 29, 2008

CADANG BELI KONSESI LEBUHRAYA


MCA Selangor hari ini memohon kerajaan supaya mengurangkan atau menghapuskan bayaran tol di lebuh raya di Selangor bagi meringankan beban rakyat berikutan kenaikan harga minyak baru-baru ini.

Timbalan Pengerusi MCA Selangor, Datuk Tang See Hang berkata penghapusan atau pengurangan tol dapat dilaksanakan jika kerajaan membeli balik syarikat konsesi lebuh raya. Untuk tujuan itu, kerajaan boleh menggunakan pembayaran subsidi untuk petrol yang telah dijimatkan dan keuntungan yang diraih oleh Petronas hasil daripada peningkatan harga minyak mentah di pasaran antarabangsa yang mencecah US$142 setong semalam.

Oleh kerana Khazanah Nasional Bhd dan KWSP memegang 74.05% ekuiti dalam Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), MCA Selangor mencadangkan kerajaan persekutuan membeli PLUS dan seterusnya memansuhkan atau meminimumkan pembayaran tol.

Timbalan Pengerusi MCA Selangor Datuk Tang See Hang berkata :

“.....Jika kerajaan berhasrat untuk membeli PLUS, ia cuma perlu membeli sebanyak 1.3 bilion saham jika mengikut harga pasaran pada 20 Jun lepas iaitu RM2.82 sesaham, kerajaan hanya perlu menggunakan wang sebanyak RM3.67 bilion untuk memiliki syarikat PLUS sepenuhnya........”

Selangor merupakan negeri yang mempunyai banyak tol di mana daripada 28 syarikat konsesi lebuhraya yang beroperasi di Malaysia, 15 daripadanya mengendalikan lebuhraya di Selangor manakala kadar tol lebuhraya PLUS perlu dinaikkan setiap tiga tahun dan kerajaan terpaksa membayar pampasan jika kadar tol tidak dinaikan.

Oleh itu, beliau berkata MCA Selangor akan menghantar memorandum kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Ir Mohd Zin Mohamad pada 7 Julai ini berhubung pengurangan dan penghapusan bayaran tol di lebuh raya dalam negeri Selangor.

KM MELAKA TAK SETUJU; PEMUDA SOKONG SIAR DEBAT

Naib Presiden Umno, DS Mohd Ali Rustam tidak bersetuju jika RTM menyiarkan debat antara Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, DS Anwar Ibrahim berkaitan kenaikan harga minyak.

Beliau berkata adalah tidak wajar bagi RTM yang dimiliki kerajaan, jika mahu menyiarkan debat itu yang melibatkan DS Anwar yang sering menghentam kerajaan Barisan Nasional.

Naib Presiden Umno, DS Mohd Ali Rustam berkata :
“.....Saya berpendapat ini tindakan yang tidak wajar dan tidak relevan, langsung tak kena, langsung tak sesuai. Ia ibarat ambil pisau tikam diri sendiri, siapa Anwar Ibrahim kita nak bagi dia tempat dalam TV untuk membincangkan kenaikan harga minyak. Dia bertanding pun tidak, Ketua Parti pun tidak dan kredibel dapat tempat untuk mengutuk kerajaan dalam TV..Siapa dia? Kita bekerja bertungkus lumus untuk membela rakyat, menerangkan kepada rakyat......”

DS Mohd Ali yang juga KM Melaka mengulas penganjuran debat bertema "Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak" anjuran portal berita Agenda Daily yang dijadualkan pada 15 Julai depan di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Manakala, Pergerakan Pemuda Umno menyambut baik debat mengenai harga minyak antara Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), DS Anwar Ibrahim kerana ia akan memberi peluang kepada rakyat menilai antara realiti dengan janji yang dibuat pembangkang.

Naib Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata debat itu akan memberi peluang kepada rakyat menilai janji-janji yang dibuat oleh pembangkang untuk menurunkan harga minyak.

Kenyataan Naib Ketua Pemuda Umno,Khairy Jamaluddin :

“....Sebelum ini mereka bercakap dalam ceramah sahaja tiada siapa tanya apa kaedah...kini kerajaan boleh bertanya mereka.........”

“....Rakyat boleh tanya .... janji menurunkan harga minyak.....”

Beliau berkata kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan dengan pemimpin akar umbi dari enam bahagian Pemuda Umno di sini hari ini. Debat bertema "Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak" anjuran portal berita Agenda Daily itu dijadualkan pada 15 Julai depan di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Datuk Ahmad Shabery dan DS Anwar telah mengesahkan penyertaan mereka dan debat itu juga mungkin akan disiarkan secara langsung oleh beberapa stesen televisyen. Khairy berkata debat itu baik kerana ia memberi peluang kepada wakil kerajaan untuk memberi pandangan dan penjelasan berhubung isu berkenaan.

BERKEMPEN MENGIKUT GARIS PANDUAN

Ketua Penerangan Umno, TS Muhammad Muhamad Taib berkata calon-calon yang akan bertanding pada pemilihan Umno Disember ini boleh berkempen tetapi mestilah mengikut garis panduan yang akan dikeluarkan ibu pejabat Umno nanti.

Beliau berkata garis panduan berkenaan iaitu Kod Tata Etika Baru Pemilihan Umno akan dikeluarkan ibu pejabat Umno pada 17 Julai ini.

Ketua Penerangan Umno, TS Muhammad Muhamad Taib berkata :

“....Umno, oleh kerana dia satu badan yang formal kenalah digariskan betul-betul, tapi I’m sure ada yang tertinggal. Saya harap ahli-ahli parti patuh pada tatasusila hendak menjaga kekuatan parti elaklah dari terjebak dalam perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh parti.........”

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tata etika baru yang diluluskan Majlis Tertinggi (MT) Umno baru-baru ini. Terdapat beberapa calon yang membuat rungutan dan meminta Umno mengambil pendirian yang tegas samada membenarkan mereka berkempen atau sebaliknya.

Saturday, June 28, 2008

GAJI CEO TNB YANG MELAMPAU!

Buat tatapan rakan2 sahaja. Ini bukan nak menemplak mana-mana pihak tetapi cuma nak share dengan rakan2 tentang gaji CEO TNB tu....

Itu baru basic, lum campur bonus, elaun-elaun lain yang mungkin berjumlah RM xxxxxx.xx
(Dah jadi rezeki dia..) terimalah seadanya.
Tapi macam tak patut pulak dengan keadaan kerajaan dan rakyat dalam proses berjimat cermat; Pihak TNB mencadangkan gaji CEO naik 100% dari jumlah sekarang.
Wah.... naik tochang pulak. Tak agak-agak.

Tuesday, June 24, 2008

PENGGANTUNGAN ISA TAMAT


Ibu Pejabat Umno mengesahkan bahawa penggantungan keahlian TS Mohamed Isa Abdul Samad sebagai anggota Umno bagi kesalahan politik wang yang berkuatkuasa 24 Jun 2005, telah berakhir. TS Isa yang memenangi jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan parti 2004, sebelum didapati bersalah atas tuduhan itu, berkata beliau menerima surat daripada ibu pejabat Umno, Jumaat lepas yang memaklumkan penggantungan keahliannya berakhir hari ini.

Ditanya langkah seterusnya sama ada akan bergiat semula dalam politik termasuk bertanding pada pemilihan parti Disember ini, TS Mohamed Isa, yang menjadi MB Negeri Sembilan dari 1982 hingga 2004, berkata beliau belum membuat sebarang keputusan dan masih memikirkannya. Lembaga Disiplin Umno menggantung keanggotaan TS Mohamed Isa, 58, selama dua penggal atau enam tahun selepas mendapati beliau bersalah terhadap lima daripada sembilan pertuduhan politik wang semasa pemilihan parti pada 2004.

TS Mohamed Isa memenangi jawatan Naib Presiden Umno bagi penggal 2004/2007 dengan jumlah undian tertinggi iaitu 1,507 diikuti KM Melaka, DS Mohd Ali Rustam dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, TS Muhyiddin Yassin. Berikutan hukuman itu, TS Mohamed Isa turut digantung semua jawatannya dalam parti termasuk sebagai Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang.

Tempoh penggantungan keanggotaan TS Mohamed Isa kemudian dikurangkan dari enam tahun kepada tiga tahun selepas beliau mengemukakan rayuan pada 6 Julai 2005. Selepas digantung keahlian, TS Mohamed Isa telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan pada 17 Okt 2005.

PELUANG & RUANG TERBUKA LUAS


Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sedia menghadapi sesiapa sahaja bagi perebutan jawatan bagi di peringkat bahagian atau kebangsaan dalam pemilihan Umno akan datang, katanya demokrasi tidak menghalang sesiapa sahaja yang ingin bertanding.

Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata :

“....dalam pemilihan Umno ini kita perlu terbuka kepada apa-apa pertandingan yang akan berlaku, sebab parti ini mengamalkan demokrasi, jadi siapa saja yang nak bertanding samada di peringkat cawangan, bahagian baik di peringkat kebangsaan itu adalah perkara yang dialu-alukan.....”

“....Jadi kita tidak boleh tutup ruang kepada pemilihan pertandingan di dalam parti........”

Beliau diminta mengulas mengenai hasrat AJK Pemuda Bahagian Rembau, Azman Mohd Sah, bertugas sebagai ejen insuran, untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Bahagian itu pada Mesyuarat Agung pemilihan tahun ini.

DEMI MASA DEPAN NEGARA


Kerajaan mengambil langkah menstruktur semula subsidi minyak bagi mengurangkan defisit negara sebagai persediaan menghadapi risiko tinggi kemelesetan ekonomi, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.


Menteri PDN & HEP, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata langkah ini berikutan krisis subprima yang dihadapi Amerika Syarikat sekarang yang diramal mengakibatkan kemelesetan ekonomi, yang dijangka merebak ke seluruh dunia. Jika sistem subsidi tidak distruktur semula, tahap defisit bajet kerajaan akan melambung tinggi lebih 6% tahun ini demi menanggung subsidi yang besar berbanding 3.1% yang disasarkan bagi 2008.
Tahap defisit tinggi dapat ditampung kerajaan dalam jangka masa pendek namun ia hanya perlu dilaksanakan oleh kerajaan bila negara menghadapi kemelesetan ekonomi. Walaupun begitu negara belum mengalami kemelesatan ekonomi, oleh itu kerajaan perlu mengekalkan tahap defisit rendah untuk memberi fleksibiliti bagi menghadapi masa kemelesetan.

Menteri PDN & HEP, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata :

“....kerajaan memandang serius fenomena ini dan menyedari bahawa ianya mengugat kesejahteraan hidup rakyat serta kemajuan ekonomi negara yang mampan....”

“....Namun begitu kenaikan harga di peringkat global ini adalah diluar kawalan kerajaan dan kerajaan juga tidak mempunyai sumber atau keupayaan untuk melindungi ekonomi negara daripada bahana kenaikan harga global ini....”

“....Selaras fenomena ini beban subsidi kerajaan untuk barangan petroleum dan makanan turut meningkat.........”

Katanya fenomena kenaikan harga minyak mengakibatkan subsidi petrol dan diesel di pam dijangka meningkat daripada RM8.8 bilion pada tahun lepas kepada RM27 bilion pada tahun ini dan keadaan ini adalah beban kewangan yang besar yang tidak mampu ditanggung kerajaan.
Menteri PDN & HEP, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata :

“.....Tidak ada kerajaan di dunia ini yang tidak mahu menjadi popular di mata dan hati rakyat. Kerajaan ini boleh membiarkan legasi subsidi ini untuk diselesaikan oleh pemimpin atau generasi akan datang namun sistem subsidi yang tidak efisien memberi kesan negatif yang besar bagi daya saing dan daya maju sesebuah ekonomi dalam jangka masa panjang.......”

Sunday, June 15, 2008

PELAN PERALIHAN KUASA

Pelan Peralihan kuasa PM kepada penggantinya DS Najib Tun Abdul Razak. DS Abdullah Ahmad Badawi berkata tarikh tepat berhubung peralihan kuasa kepada timbalannya DS Najib Tun Razak masih belum ditetapkan lagi. PM berkata sepertimana yang diperjelaskannya semalam, beliau akan menyerahkan jawatannya itu kepada DS Najib apabila tiba masanya sepertimana yang difahami oleh kedua-dua mereka.


“....saya dan DS Najib memang memahami iaItu pelan peralihan kuasa akan dijalankan dalam keadaan baik, tersusun dan tidak menimbulkan beberapa masalah. Keduanya ialah tentulah sekali saya akan menyerahkan jawatan PM itu kepada DS Najib kerana dialah yang saya akan pilih untuk menggantikan saya dan tarikh yang tepat belum lagi ditentukan apabila masanya tiba maka peralihan kuasa akan dilaksanakan sebaik mana kedua-dua kami memahami.....”

Saturday, June 14, 2008

SAKABANGSA - BLOG PEMUDA UMNO MALAYSIA


Pemuda lancar web blog ‘Sakabangsa’: Pemuda UMNO melancarkan web blog yang akan memberikan ruang kepada pengendali blog, pelayar internet serta media arus perdana memberikan pandangan, kritikan dan berinteraksi dengan Pemuda dalam pelbagai isu. Web blog itu http://www.sakabangsa.blogspot.com/ dilancarkan Pengerusi Sekretariat Perhubungan Media, Dato’ Sazmi Miah

Sunday, June 8, 2008

KENAPA SUSIDI MINYAK PERLU DIKURANGKAN



Bagi kerajaan, langkah mengurangkan subsidi bahan bakar merupakan cara terbaik untuk memastikan wang yang diperoleh daripada pembayar cukai, digunakan secara lebih produktif seperti menambah baik kemudahan pendidikan, kesihatan dan prasarana demi faedah rakyat sendiri, daripada membiarkan sebahagian besarnya dibelanjakan secara tidak berhemat oleh pemilik kenderaan.

Kerajaan membuat keputusan untuk menangani isu itu secara berterus terang bagi mengelak rakyat menjadi semakin marah berikutan kenaikan harga bahan bakar. Kini, pemberian subsidi ini melibatkan hampir sepertiga daripada jumlah bajet negara.

Bagi Senator Datuk Gooi Hoe Hin kerajaan tidak lagi mampu untuk terus memberi subsidi terhadap bahan bakar apabila harga minyak mentah mencecah hampir AS$140 setong. Memberi subsidi umpama memberi candu. Apabila rakyat sudah menjadi penagihnya, amat sukar untuk menariknya kembali kerana mereka akan mula mempersoalkan kenapa ia perlu dikurangkan. Datuk Gooi Hoe Hin menghadiri satu taklimat oleh Perdana Menteri berhubung kenaikan harga bahan baker ini.

Presiden Persatuan Pelabur Malaysia (MIA) Datuk P.H.S. Lim berkata sebelum ini, kerajaan tidak menaikkan harga bahan bakar kerana ingin menjadi popular. Beliau berpendapat kerajaan sepatutnya hanya memberi subsidi bagi bahan makanan dan pengangkutan awam, bukan terhadap bahan bakar kegunaan kenderaan persendirian kerana langkah itu mengakibatkan wujudnya ketidakcekapan dalam sistem ekonomi.

Kerajaan juga, kata beliau, sepatutnya memperkenalkan setem makanan bagi membantu mengurangkan perbelanjaan yang terpaksa ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah untuk membeli bahan makanan.

Penganalisis politik Khoo Kay Peng pula berkata jumlah subsidi bahan bakar telah meningkat dengan mendadak sejak 1982 dan apabila Abdullah mengambil alih teraju pentadbiran negara ini pada 2004, keadaan sudah mencapai tahap yang tidak lagi mengizinkan kerajaan untuk terus menghulurkan subsidi berikutan harga minyak yang melonjak.

Kata beliau pentadbiran Abdullah berpendapat bahawa penjimatan wang pembayar cukai hasil daripada pengurangan pemberian subsidi, perlu disalurkan ke jalan lebih baik seperti menambah baik sistem pengangkutan awam untuk memberi lebih banyak manfaat kepada golongan berpendapatan rendah.

Hakikat bahawa Malaysia adalah negara pengeluar minyak dan Petronas meraih keuntungan sejak sekian lama, sering mendorong kebanyakan rakyat Malaysia untuk bertanya kenapakah subsidi minyak tidak boleh terus diberi kepada mereka.

Ahli politik pembangkang mendakwa penjelasan kerajaan bahawa harga runcit petrol RM2.70 sekarang masih rendah berbanding di negara lain di rantau ini, tidak boleh diterima kerana ia sepatutnya dibandingkan dengan harga di negara pengeluar minyak mentah lain.

Emiriyah Arab Bersatu (RM1.19 seliter), Mesir (RM1.03 seliter), Kuwait (RM0.67 seliter), Arab Saudi (RM0.38 seliter), Nigeria (RM0.32 seliter) dan Venezuela (RM0.16 seliter).

Mengulas perkara ini, Ketua Ahli Ekonomi RAM Consultancy Services Dr Yeah Kean Leng berkata memang tidak dapat dinafikan bahawa negara pengeluar minyak lain dan malah, sesetengah negara membangun, memberi subsidi yang besar jumlahnya bagi harga bahan bakar.

Penganalisis politik Ong Kian Ming pula berkata Petronas tidak boleh terus memberi subsidi terhadap harga bahan bakar memandangkan keuntungan kasarnya sudahpun dimasukkan ke dalam tabung kerajaan melalui cukai, dividen dan royalti. Lagipun, kata beliau, Petronas hanya menguasai 30 peratus daripada pasaran runcit tempatan dan ini bererti subsidi selebihnya akan jatuh ke tangan syarikat minyak asing.

Ketika membentangkan penilaian beliau tentang keadaan semasa, Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Hassan Marican secara berterus terang berkata Petronas akan gulung tikar dalam tempoh 10 tahun lagi jika semua keuntungan yang diperolehnya diserahkan kepada kerajaan bagi membiayai subsidi bahan bakar.

Untuk rekod, Petronas membayar RM52.3 bilion kepada kerajaan dalam bentuk cukai, royalti dan dividen pada tahun kewangan lepas dan jumlah ini merupakan 32 peratus daripada hasil yang dijana oleh kerajaan pusat.

Rebat yang dibayar secara tunai kepada pemilik kenderaan yang layak di bawah penstrukturan subsidi petrol da diesel dianggap sesetengah pihak masih belum memadai bagi menyerap kenaikan harga minyak. Penasihat FOMCA, Prof Datuk Dr Hamdan Adnan, bagaimanapun mahu rakyat melihat pemberian rebat ini dalam konteks yang lebih luas.

Rebat tunai sebanyak RM625 setahun diberikan kepada pemilik kenderaan persendirian berkapasiti enjin sehingga 2000cc serta trak pick up dan jip berkapasiti enjin sehingga 2,500cc. Pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc pula akan menerima bayaran tunai sebanyak RM150 setahun. Bayaran tersebut meliputi kenderaan dengan cukai jalan berkuatkuasa 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009.

Prof Datuk Dr Hamda berkata, pemberian rebat tunai ini tidak harus ditolak memandangkan kerajaan mempunyai peruntukan khas untuknya. Namun mekanisme rebat tunai ini mungkin dapat dikaji atau digantikan dengan cara yang lebih jelas dan tidak membebankan.

Menurut Profesor Datuk Dr Hamdan, selain daripada pemberia subsidi dalam bentuk rebat tunai, orang ramai juga perlu menyumbang ke arah menjimatkan kos bahan api yang ditanggung mereka.

Berkongsi kereta, meruakan salah satu cara berkesan dalam meringankan beban bahan api yang ditanggung orang ramai. Amalan berkongsi kereta ini perlu dihidupkan semula dan dilihat sebagai sesuatu yang amat praktikal pada masa sekarang.

Cadangan kepada kerajaan, mengeluarkan lebih banyak kereta nasional yang berkapasiti rendah agar penggunaan kos bahan api dapat dijimatkan. Sekaligus dapat menembangkan industri automotif negara. asyarakat juga perlu bijak berbelanja dan menjalani gaya hidup yang sederhana agar tiada pembaziran berlaku.

Keputusan penstrukturan semula pengagihan subsidi oleh kerajaan dilihat sebagai satu langkah yang amat drastik. akikat sebenar langkah bijak untuk menjamin kestabilan ekonomi negara bagi jangka masa panjang. Ini kerana pengagihan subsidi yang terlalu tinggi boleh menejjaskan defisit fiskal seterusnya akan menambahkan lagi hutang negara.

Fenomena kenaikan harga minyak merupakan satu isu global. ebelum ini, ralyat Malaysia tidak begitu merasai bahang kenaikan harga minyak dunia berikutan dilindungi subsidi sekitar RM56 bilion. Apabila diumumkan penstrukturan semula subsidi petrol negara, jimat sehingga RM13.7 bilion.

Penjimatan ini akan diagihkan kepada beberapa sektor lain bagi tujuan pembangunan negara dan sebalik pengagihan ini, rakyat masih menikmati subsidi sebanyak 30 sen bagi setiap liter.

DSAI - PELACUR POLITIK YANG TERDESAK


Keadaan sekarang tenang... masih lagi tenang setenang air di kali.......... tak kedengaran pun ura-ura Ahli Parlimen dari BN masuk PKR. Malah hampir semua AP yang disebut-sebut akan menyertai PKR menafikannya. Apa nih ANWAR IBRAHIM????

Cakap tak serupa bikin daa... Apa kau inat senang ke nak RASUAH AP dari BN dengan wang ringgit. Apa kau ingat senang ke... Apa ingat AP BN dah tak ada maruah diri?? Cuma kau aje yang hilang maruah diri dan selalu pentingkan diri sendiri...

Janganlah mimpi di siang hari. Masih teriang2 di telinga aku ANWAR IBRAHIM menyatakan bahawa hari RABU - 14hb Mei 2008 merupakan sejarah dalam politik di mana lebih dari 17 AP dari Sabah dan Sarawak akan lompat ke PKR.

Betapa bodohnya kenyataan ini, rasanya dengan membuat provokasi sebegini akan melemahkan semangat AP Sabah dan Sarawak dan timbul tidak percaya kepada pemerintahan sekarang. Tolong lah.... ingat pemimpin BERWAWASAN dari Sabah dan Sarawak dah tak tahu memilih antara BN dengan PKR (Parti Kencing Rakyat). Kalaulah wang ringgit dan kemewahan dijadikan sandaran bagi AP dari BN untuk berubah ke PKR... ternyata... salah percaturannya.
Sememangnya tindakan ANWAR memancing AP dari BN adalah amat tak beretika dan tidak boleh rakyat. Sekutunya iaitu DAP dan PAS dah tak mahu terlibat dengan apa yang dilakukan oleh kau, ANWAR The Political Prostitute. Bayangkan dalam satu pakatan sendiri tak boleh bersatu hati. Terlalu desparate si ANWAR... betapa jijiknya manusia yang bernama ANWAR IBRAHIM.
Kalau nak diikutkan.... Mereka patut lebih sentiasa berwaspada dengan kedudukan kerusi ADUN di Perak.. dan bukannya mencari populariti murahan di SABAH dan SARAWAK. Dengan tindakan Karpal Singh yang mempertikaikan institusi KESULTANAN... boleh menyebabkan ADUN Pembangkang menyertai BN. Harus diingat. BN hanya memerlukan 2 kerusi ADUN bagi membolehkan BN menumbangkan kerajaan PAKATAN RAKYAT. Tak adalah pulak tindakan memujuk ADUN Perak dengan wan ringgit sebagimananya dilakukan oleh ANWAR kepada AP Sabah dan Sarawak.
Yang hairannya, mana ANWAR dapat duit yang begitu banyak bagi membiayai AP dari BN menyertai PKR? Tak hairankah kita???
Siapa yang sebenarnya sponsor kau?? Apa yang aku perhatikan; ianya merupakan pemikiran dan idea ANWAR dalam usahanya berangan nak jadi Perdana Menteri.
PKR (Parti Kencing Rakyat) secara terang-terang akan menyerahkan wang ringgit dan jawatan sekiranya AP lompat ke PKR. Itu RASUAH yang terang namanya.
LIHATLAH BETAPA KOTOR DAN JIJIKNYA TINDAKAN ANWAR IBRAHIM

Friday, May 30, 2008

PINDAAN AUKU KE ARAH POSITIF

Pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 akan menggalakkan pembabitan pelajar dalam semua kegiatan yang membina dan konstruktif, kata DS Najib Tun Razak. TPM berkata Pejabat Peguam Negara sedang merumus pindaan itut sebelum mengemukakannya kepada Kabinet dan ianya dijangka dibentangkan pada sesi Parlimen akan datang pada akhir bulan depan.

TPM, DS Najib Tun Razak berkata :

“...ia tidak mengongkong pembabitan pelajar-pelajar dalam kegiatan dan aktiviti yang membina dan konstruktif. Kalau AUKU menjadi penghalang tak mungkin pemimpin pelajar yang saya lihat hari ini menunjukan tahap kematangan...”


Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan, DS Najib bagaimanapun enggan menyatakan sama ada kegiatan yang dianggap membina itu itu termasuk bidang politik.

Thursday, May 29, 2008

REAKSI PEMIMPIN LAIN TERHADAP KEMASUKAN EZAM KE DALAM UMNO :

Ketua Pemuda Umno, DS Hishammuddin Tun Hussein berkata :

“...saya bukan mengenali Saudara Ezam baru hari ini, keduanya ramai mereka yang telah masuk kepada parti kita daripada parti lawan sebelum ini pun tidak merupakan satu perkara yang ganjil tetapi bagi saya secara peribadi ialah yang paling penting kita dapat menjiwai perjuangan Umno yang asasnya tidak akan berubah kita tak tergamak terikut-ikut dengan suasana politik semasa ...”

Presiden PKR, DS Wan Azizah Wan Ismail berkata :

“...he ask us 2 years ago to forming Gerak, so.. well is not a lost ...”

Naib Presiden PKR, Mohd Azmin Ali berkata :

“...saya akan komen dan beri ulasan sekiranya seseorang itu ahli Parti Keadilan Rakyat. Dalam konteks ini dia bukan ahli PKR jadi tak perlu saya komen lebih dari itu. Negara kita mengamalkan sistem demokrasi seseorang itu boleh keluar dan memasuki mana-mana parti, tetapi untuk memasuki sebuah parti seperti Umno banyak pesoalan yang timbul...”


Menteri Luar, DS Dr Rais Yatim berkata :

“....kemasukan beliau itu akan meneguhkan imej Umno, tinggal lagi pemasalahan yang dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir itu adalah permasalahan asingan. Permasalahan antara beliau dengan DS Abdullah.......”

Ketua Penerangan Umno, TS Muhammad Mohd Taib berkata :

“.....saya fikir ia merupakan satu keputusan yang berani yang dibuat oleh Ezam dan sudah tentulah ini satu pukulan kepada parti PKR ......”

Menteri Pengajian Tinggi,DS Khaled Nordin berkata :

“....saya mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin menyertai Umno termasuklah Ezam Mohd Nor. Ianya menunjukkan bahawa Umno masih lagi menjadi satu parti yang dilihat mampu untuk mewakili orang Melayu dan juga memimpin negara .....”

Menteri Dalam Negeri, DS Syed Hamid Albar berkata :

“....dia mempunyai pegangan yang selaras dengan ideologi dah falsafah yang dianuti oleh Umno dan dia juga pernah menjadi ahli Umno dulu, sesuatu yang kita mengalu-alukan dan berharap dia dapat memberikan sumbangan .....”

ZAID MAHU AP JERLUN & AP PASIR SALAK DIKENAKAN TINDAKAN

Menteri di JPM, Datuk Zaid Ibrahim meminta pucuk pimpinan BN mengambil tindakan terhadap dua penyokong kerajaan berhubung kenyataan mereka yang didakwanya menghina kerajaan.

Beliau berkata kritikan AP Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, dan AP Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman, menjurus kepada menghina kerajaan dan PM, DS Abdullah Ahmad Badawi dan beliau sendiri berhubung pelantikannya sebagai menteri.

Menteri di JPM, Datuk Zaid Ibrahim berkata :

“...YB Jerlun kata ‘terima kasih’ ingatkan tadi hendak ‘hit and run’ sahaja,.... saya ucap tahniah kepada YB Menteri setelah dilantik menjadi menteri terus bergerak merealisasikan manifesto pembangkang bukan manifesto BN ...”

Datuk Zaid berkata tindakan kedua-dua wakil rakyat BN itu mempertikaikan pelantikan beliau yang dibuat oleh PM bukan sahaja memalukan beliau selaku menteri tetapi juga memberi gambaran buruk kepada masyarakat.

Ketua Pemuda Umno, DS Hishammuddin Tun Hussein berkata :

“...dan saya akan kumpulkan, saya rasa kenyataan-kenyataan sebegini tak akan berhenti..percayalah...menjelang pemilihan UMNO ini..satu kenyataan demi satu kenyataan jadi saya nak kumpulkan semua kenyataan-kenyataan yang berhubungkait dengan Pemuda dan kita selesaikan sekaligus, kalau tak setiap minggu saya buat laporan ...”

PM, DS Abdullah Ahmad Badawi berkata :

“...setiap ahli Umno... kadang-kadang membuat tuduhan terhadap parti dan dasar parti. Amalan kita sekarang ini bukan kita menjadi satu perkara yang kita perlu ambil tindakan keras terhadap mereka..kalau apa yang dicakapkan agak salah ... tuduhan fakta yang digunakan salah fakta..maklumat tak betul...”

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkata :

“...saya juga rasa terkilan kerana beliau yang dulunya pernah diambil tindakan oleh Lembaga Displin Umno diatas salah laku politik... sekarang ini menjadi Menteri Undang-Undang dan sekarang ini bersyarah kepada kita mengenai undang-undang...ini saya ingat tak patut dan tak sesuai...seperkara lagi ialah beliau harus memahami kita dalam Parlimen telah menang dalam pilihanraya..itulah sebabnya kita berada dalam Dewan Rakyat ini ...”

PRESIDEN TERIMA EZAM MASUK UMNO

DS Abdullah Ahmad Badawi, Presiden UMNO Malaysia hari Rabu menerima bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Mohamad Ezam Mohd Nor kembali ke dalam Umno.

DS Abdullah Ahmad Badawi berkata :

“..Kemasukan Ezam, tak ada syarat apa-apa. Boleh terima dah. Tak ada keistimewaan apa-apa. Dia pun tak minta jawatan apa-apa. Dia hanya mahu berkhidmat dan berjuang dalam parti....”

Ditanya sama ada langkah Ezam itu memberi satu semangat baru kepada Umno, DS Abdullah berkata kemasukan orang menyertai Umno tentulah membantu kepada kekuatan Umno. Katanya Pemuda Umno tidak dibawa berbincang dalam hal ini tetapi pergerakan itu tidak ada bantahan. DS Abdullah berkata sama ada Ezam boleh dibenarkan bertanding untuk jawatan pada perhimpunan agung Umno Disember nanti perlu dirujuk kepada perlembagaan parti.

DS Abdullah berkata Ezam mahu pulang ke Umno dan akan terus berjuang dalam Umno mengikut matlamat dan tujuan parti itu. Ditanya mengenai imej Ezam yang kuat dibayangi DS Anwar Ibrahim, DS Abdullah berkata Ezam ikhlas mahu kembali dan akan dilihat kemudian bahawa kemasukannya boleh memberi ruang kepada orang lain menyokong Umno. PM berkata bahawa semasa di luar Umno, tentulah Ezam menjadi kritikal dengan apa yang berlaku dan kini beliau sudah bertukar fikiran.

DS Abdullah Ahmad Badawi berkata :

“..Mungkin kerana dia insaf serta sudah berada di kedua-dua belah pihak, mungkin Umno adalah lebih baik untuk menjadi landasan perjuangannnya.Patut kena tanya dia (perkara ini)....”

PUTIH MATA HILANG BATU PUTEH

Kehilangan Pulau Batu Puteh kepada Singapura wajar menyedarkan betapa perjuangan menuntut kemerdekaan masih belum berakhir walaupun lebih 50tahun Tanah Melayu diisytiharkan merdeka.Justeru pada 31 Ogos tahun 1957 walaupun Britain berundur daripada TanahMelayu, tetapi ia tidak menyerahkan kembali kedaulatan semua wilayah yang dijajah kepada bangsa Melayu.Cuba bayangkan betapa ketika penjajah datang ke negeri-negeri Melayu.Mereka sedikit demi sedikit menakluki wilayah-wilayah Melayu secarakeras dan halus.
Secara ketenteraan dan tipu helah, nama halusnyadiplomasi dan perundangan.Melalui konsep Persekutuan Tanah Melayu yang di dalamnya terkandung institusi Majlis Raja-Raja dan Yang di-Pertuan Agong, wilayah-wilayahyang sudah terlepas ke tangan penjajah dapat dikembalikan ke bawahkedaulatan Raja-Raja Melayu. Maka Melaka dan Pulau Pinang terletak dibawah Yang Dipertua Negeri masing-masing dengan kedaulatan berada kepadaYang di-Pertuan Agong mewakili Raja-Raja Melayu. Jadi walaupun PulauPinang tidak kembali kepada Sultan Kedah tetapi ia berada di bawah Yangdi-Pertuan Agong.Bagaimana daerah Dinding yang menjadi salah sebiah wilayah Negeri-negeriSelat berjaya dikembalikan kepada kedaulatan Sultan Perak.Penjajah berundur Sementara Melaka juga seperti Pulau Pinang berada di bawah kedaulatanYang di-Pertuan Agong melalui Yang Dipertua Negeri dan Majlis Raja-raja.Kalau hendak dikirakan apabila penjajah berundur, maka ia wajarmenyerahkan kembali wilayah-wilayah yang didudukinya kepada kedaulatanraja-raja sebelumnya.Britain mengambil alih Melaka daripada Belanda, sementara Belanda mengambil alih Melaka daripada Portugis. Portugis menakluki Melakadaripada Sultan Melaka.
Ketika Melaka jatuh, kerajaan Sultan Melakatidak tumbang, ia berpindah ke Johor. Maka Kesultanan Johor mewarisiKesultanan Melaka.Justeru apabila Britain memulangkan Melaka, ia sepatutnya menyerahkannyakepada Johor. Tetapi itu tidak berlaku. Bagaimanapun dengan Melakaberada dalam Persekutuan Tanah Melayu, ia sudah dapat diterima sebagaikembali kepada bangsa Melayu.Malangnya ketika menerima penubuhan Persekutuan Tanah Melayu, penjajahBritain tetap mahukan Singapura kekal di bawah penjajahannya. Tidaktimbul Singapura diberikan kemerdekaan apatah lagi disekutukan ke dalamTanah Melayu. Jauh sekali hendak diserahkan kepada Kesultanan Johor.Apabila disebut Singapura, maka ia meliputi pulau-pulau disekelilingnya.
Dari segi jarak, Pulau Batu Puteh adalah milik Johor.Tetapi Britain yang mengoperasi rumah api di situ dari Singapuraakhirnya menjadikan pulau mini itu jatuh ke tangan Singapura.Britain enggan memerdekakan Singapura pada peringkat awal kerana ia mahumenjadikannya sebagai pangkalan-pangkalan strategik bagi kepentinganimperialisme globalnya. Walaupun sudah digantikan dengan AmerikaSyarikat (AS) sebagai kuasa utama dunia, tetapi peranan Britain masihpenting dalam sekutu Barat menentang komunisme global.Britain mahu mengekalkan Gibraltar di lautan Mediterranean. Diego Garciadi Lautan Hindi, Hong Kong di Laut China Selatan, dan sudah tentuSingapura di Asia Tenggara.Bagaimanapun kehadiran komunis yang kuat di Singapura menyebabkanBritain memikirkan cara mana pangkalannya dapat dipertahankan. PartiKomunis Malaya (PKM) di Singapura memperjuangkan kemerdekaan pulau ituyang kemudiannya boleh menjadi pangkalan kepada penguasaan ke atas TanahMelayu dan seluruh Asia tenggara.Untuk mematahkan kemaraan komunis, maka Britain perlu memberikankemerdekaan kepada Singapura tetapi memastikan ia berada dalamgeostrategik yang memenuhi kepentingannya. Maka itu dicadangkan gabunganSingapura dan Tanah Melayu yang kemudian membawa kepada penubuhanMalaysia.Malaysia ketika diisytiharkan penubuhannya pada 16 September 1963memperluaskan kedaulatan yang di-Pertuan Agong mewakili Raja-rajaMelayu. Maknanya Singapura kembali kepada kedaulatan bangsa Melayu,begitu juga Sarawak dan Sabah. Seharusnya Brunei ikut serta. Sarawakyang pernah berada di bawah kedaulatan Kesultanan Brunei dan Sabah dibawah kedaultan Kesultanan Sulu kepada kepada kedaulatan Melayu melaluiMalaysia.Malangnya TunkuApabila Singapura berada dalam Malaysia, sudah tentu Pulau Batu Puteh tidak menjadi isu. Sama ada ia berada dalam Singapura atau Johor, iaadalah sebahagian daripada Malaysia. Malangnya Tunku Abdul Rahmansebagai pemimpin Umno gagal menguruskan Lee Kuan Yew dari Parti TindakanRakyat (PAP).
Tunku mengeluarkan SIngapura daripada Malaysia tanpa perbahasan yangmasak. Tindakan Tunku itu ditentang oleh sebahagian daripada orangMelayu, khususnya orang Johor, lebih-lebih lagi Allahyarham Syed JaafarAlbar, ketua Pemuda Umno.Tunku menyelesaikan satu masalah tetapi menimbulkan banyak masalah baruapabila beliau mengeluarkan Singapura dari Malaysia. Masalah itu masih wujud hingga ke hari ini. Terkeluarnya Singapura dari Malaysia adalah kegagalan Umno. Setelah 50 tahun memerintah Malaysia, kekalahan dalamsoal Pulau Batu Puteh ini juga mencerminkan kegagalan Umno.Setelah berpisah selama 35 tahun, Lee Kuan Yew menyatakan bahawa adalahsukar bagi Singapura untuk kembali ke Malaysia. Baru-baru ini apabiladiwawancara oleh Bloomberg, Lee Kuan Yew ditanya sama ada PAP akanmenerima cabaran yang sama seperti yang dihadapi oleh Umno dalam tsunamipolitik baru-baru ini.Beliau membayangkan bahawa jika pemimpin-pemimpin parti yang memerintahtidak mengutamakan rakyat dan negara, sebaliknya memberi tumpuan kepadakepentingan diri, maka pengundi akan menolak mereka. Maknanya, jika rakyat dan negara tidak dibela, maka akhirnya mereka akan menolak pemimpin dan parti yang memerintah. Fikir-fikrkan lah

Monday, May 26, 2008

DSAI BAIK DENGAN PAK LAH?

DSAI memang baik dan rapat dengan Pak Lah? Betul ke.... Ini berita baru aku terima dari seorang rakan aku yang bukan dari barisan politik tetapi beliau memang selalu turun dan naik ke KL atau Putrajaya atas urusan bisnes. Malah bukanPak Lah aje... tetapi dengan anak dan menantu dia sekali.... dia kata ada orang ambik gambar KJ dengan DSAI kat luar negeri... betul ke. Insiden ini baru aje berlaku selepas PRU yang lalu.... Kalau rakan aku tipu maknanya cite ni tipu lah jugak....

Dia kata itu adalah sebab-sebab Tn Dr M keluar UMNO...... betul ke?

Anyway, kita leh bincang-bincang dalam blog ni.... aku nak pandangan dan pendapat korang.. TQ

Rapatkan Barisan, Kukuhkan Parti

Saya berharap kepada seluruh kepimpinan dalam parti dan ahli agar bersat padu dan berdiri teguh di belakang kepimpinan Perdana Menteri. Desas desus menyatakan bahawa DSAI akan memujuk Ahli Parlimen Barisan Nasional di Sabah & Sarawak untuk menyertai Pakatan Pembangkang. INI ADALAH TIDAK BENAR SAMA SEKALI. Istilahnya ini adalah PERANG PSIKOLOGI sahaja. Tun Dr M pulak dah keluar dari UMNO; anaknya pun sama si Mokhzani.... Kenapa Mukhriz tak keluar... sebab Mukhriz ada agenda tersendiri.... nak bertanding Ketua Pemuda UMNO Malaysia..... (Hanya Political Game Sahaja)

Nak ikutkan apa yang Tun Dr M buat hanya menjatuhkan graph si Mukhriz aje.... sayang betul. Untuk pengetahuan bloggers, aku pun TAK SOKONG menantu Pak Lah.... si JKLMNOP .... ooppsss si KJ - sori tersalah taip.

Sekarang kalau tengok susah gak nak pilih KPUM yang baru... takkan aku pilih si mamat yang suka makan tempeh yang ada kat Selangor. Yang sorang lagi Timbalan Menteri kepada Ketua Bahagian Pasir Gudang yang dari Melaka. Pening lah aku sekarang ni....

Sekarang ni, kalau kita tengok pihak pembangkang cuba mengambil kesempatan tentang kemelut yang berlaku dalam UMNO. Mereka akan mencari salah dan silap yang ada pada kerajaan walaupun tidak ada cacat cela yang ketara. Aku yakin dan percaya, kita semua pandai menilai yang mana intan dan yang mana kaca.

Bila cerita pasal Pasir Gudang lak, keadaan sekarang (hari ini) tenang aje. Aku rasa tunggu lah masuk aje bulan June - siap semua berkempen, melobi, mengumpat, mencaci, menghina.... itu aje lah kerja orang melayu.!!!!

Bila tempoh berkempen bermula (atau GELANGGANG DIBUKA LUAS) pada ketika itu orang-orang UMNO akan jadi pembangkang dalam UMNO. Orang yang mereka tak suka (yang menawarkan diri) di kutuk, dihina, di ajak respon SMS - dah macam AFUNDI pulak tu....

Tak pe lah, itu style dan cara masing-masing.... tapi kalau nak ajak response sms pun jangan lah nak kutuk orang lain. Jangan macam tu... orang lain pun ada perasaan yang perlu di jaga. Ingat kehidupan kita seperti roda yang berputar. Hari ini mungkin kita di atas, esok lusa mungkin kita di bawah.... pada ketika itu barulah tahu nasib orang-orang yang berkenaan. Wasalam

Wednesday, May 21, 2008

IMPAK PRU-12



PRU ke-12 baru-baru ini benar-benar menjadi pengajaran kepada semua, siapa yang mampu menjangka setelah berjuang lebih 50 tahun akhirnya Allah mentakdirkan kita menjadi pembangkang yang kuat dalam gabungan Pakatan Rakyat yang kuat sebagai kuasa pengimbang check & balance kepada pemerintah UmnoBN yang selama ini sangat leka dan alpa dengan kuasa.

Sedar tidak sedar rupanya kita sudah berjaya menawan lima negeri, Umno terpaksa menerima kemenangan tipis membentuk kerajaan persekutuan dengan buat pertama kalinya dipukul teruk oleh pembangkang dengan kehilangan kerusi majoriti 2/3 yang berjaya mencatat satu sejarah lebih 50 tahun negara. Kezaliman dan ketidakadilan mereka akhirnya dihukum oleh Allah Taala dengan Allah mentakdirkan kemenangan kepada Pakatan Rakyat yang berjaya mengekalkan Kelantan, menawan Kedah,Perak,Pulau Pinang dan Selangor. Undi dan sokongan kaum cina dan india yang selama ini menjadi tongkat kuasa kepada UmnoBN yang memerintah selama hampir 51 tahun akhirnya berjaya dipatahkan akibat kesombongan mereka yang tidak sedar kuasa itu tidak kekal selama-lamanya melainkan kuasa Allah yang memiliki seluruh alam dan kerajaan.

Pengkhianatan mereka bukan sahaja kepada rakyat terbanyak malah sudah menjangkau batasan manusia dengan pelanggaran hak Allah yang terang-terang melawan hukum Allah. Suatu dosa yang sangat besar, apabila Umno mengikut telunjuk jalan kesesatan dengan memisahkan Islam sebagai agama dengan politik dan cara hidup. Ini tiadalah lain melainkan mengulangi sejarah bangsa yahudi dan penganut kristian yang ditipu oleh penguasa zalim yang memikirkan kuasa hanya ditangan mereka. Apa lagi yang Umno hendak dan mahukan dari rakyat Malaysia tiadalah lain melainkan mengulangi siri-siri rompakan terancang yang mencuri harta rakyat dengan bersikap munafik disuatu sudut bertopengkan perpaduan melayu dan disuatu sudut melakonkan watak pemimpin masyarakat majmuk. Pengalaman mendewasakan pemikiran, rakyat telah memberikan isyarat kepada UmnoBN sudah semakin lemah dan tidak relevan untuk memimpin rakyat.

Biar siapapun tokoh-tokoh besar menerajui parti mereka ia pastinya tidak berjaya mengubah perspektif rakyat yang mahukan perubahan. Kepimpinan Pak Lah Badawi selaku Perdana Menteri dan kehadiran anak 'hantunya' bernama Khairy sudahpun menjadi beban buat parti untuk dipulihkan semula. Sesungguhnya pintu taubat masih terbuka kepada semua pemimpin & penyokong Umno, itupun sekiranya mereka mahu bertaubat dan membuat perubahan, sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang ada dalam hati mereka.Sama-samalah kita berdoa kehadrat Allah supaya kita hidup aman dan harmoni dibawah kerajaan Pakatan Rakyat untuk mentadbir Malaysia ini mengikut hukum yang Allah tentukan mengikut kemampuan kita sebagai manusia yang diberikan amanah & hikmah....

TUN - KELUAR UMNO

Baru-baru ini kita semua digemparkan dengan perletakan keahlian Tun dalam UMNO..... kenapa ek? Mesti ada perkara yang tersirat yang perlu disiratkan.....

Aku pelik dan hairan , Tun tu orangnya hebat... terkenal seluruh dunia... disegani pemimpin-pemimpin dunia.... tapi selepas beliau tak jadi PM dia hentam cukup cukup kat Pak Lah....
Kalau nak dikatakan Tun tak beri Pak Lah peluang dah bayak kot....

Atau Pak Lah ni DEGIL dan EGO yang tinggi... tak nak dengar kata nasihat dari TUN....

Kalau pikir-pikr kan tak kan Tun nak hancurkan UMNO... aku yakin dan percaya Tun masih waras dan tak NYAYUK...!!!!

Minta rakan-rakan bagi lah komen tentang Tun keluar UMNO.....