Tuesday, June 24, 2008

DEMI MASA DEPAN NEGARA


Kerajaan mengambil langkah menstruktur semula subsidi minyak bagi mengurangkan defisit negara sebagai persediaan menghadapi risiko tinggi kemelesetan ekonomi, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.


Menteri PDN & HEP, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata langkah ini berikutan krisis subprima yang dihadapi Amerika Syarikat sekarang yang diramal mengakibatkan kemelesetan ekonomi, yang dijangka merebak ke seluruh dunia. Jika sistem subsidi tidak distruktur semula, tahap defisit bajet kerajaan akan melambung tinggi lebih 6% tahun ini demi menanggung subsidi yang besar berbanding 3.1% yang disasarkan bagi 2008.
Tahap defisit tinggi dapat ditampung kerajaan dalam jangka masa pendek namun ia hanya perlu dilaksanakan oleh kerajaan bila negara menghadapi kemelesetan ekonomi. Walaupun begitu negara belum mengalami kemelesatan ekonomi, oleh itu kerajaan perlu mengekalkan tahap defisit rendah untuk memberi fleksibiliti bagi menghadapi masa kemelesetan.

Menteri PDN & HEP, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata :

“....kerajaan memandang serius fenomena ini dan menyedari bahawa ianya mengugat kesejahteraan hidup rakyat serta kemajuan ekonomi negara yang mampan....”

“....Namun begitu kenaikan harga di peringkat global ini adalah diluar kawalan kerajaan dan kerajaan juga tidak mempunyai sumber atau keupayaan untuk melindungi ekonomi negara daripada bahana kenaikan harga global ini....”

“....Selaras fenomena ini beban subsidi kerajaan untuk barangan petroleum dan makanan turut meningkat.........”

Katanya fenomena kenaikan harga minyak mengakibatkan subsidi petrol dan diesel di pam dijangka meningkat daripada RM8.8 bilion pada tahun lepas kepada RM27 bilion pada tahun ini dan keadaan ini adalah beban kewangan yang besar yang tidak mampu ditanggung kerajaan.
Menteri PDN & HEP, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata :

“.....Tidak ada kerajaan di dunia ini yang tidak mahu menjadi popular di mata dan hati rakyat. Kerajaan ini boleh membiarkan legasi subsidi ini untuk diselesaikan oleh pemimpin atau generasi akan datang namun sistem subsidi yang tidak efisien memberi kesan negatif yang besar bagi daya saing dan daya maju sesebuah ekonomi dalam jangka masa panjang.......”

2 comments:

ainas said...

kerajaan hari ini memang tidak berkeupayaan menangani masalah. kalau dah tahu tak berkeupayaan serah sajalah pada yang pakar. pada pandangan saya kerajaan hari ini sangat mudah diugut2 dan dipermainkan. bukan sebab apa tapi sebab menteri yang ada pun tak kurang juga handalnya. geram agaknya tengok nakhoda lembap. jadi guna lah macam2 taktik. macam pahat dengan penukul. ketuk baru jalan. tak nak mengaku pulak tu. pendapat saya kalaulah untuk keluar umno kita perlu isi borang dah beribu keping borang keluar ditandatangani termasuklah saya. Hati2 pasirgudang kita mesyuarat cawangan kali ini akan diboikot oleh saya dan kawan2. anggap sajalah kita bukan ahli umno lagi.
semuanya hipokrit

Anonymous said...

haha.....orang n ahli umno nk boikot persidangan sendiri..huhu,tahniah beb..tahniah...
pak mentri uban ni pun aku x faham..dulu bukan main lantang tapi skrg cam buah dah kecut je...hehe