Thursday, May 29, 2008

ZAID MAHU AP JERLUN & AP PASIR SALAK DIKENAKAN TINDAKAN

Menteri di JPM, Datuk Zaid Ibrahim meminta pucuk pimpinan BN mengambil tindakan terhadap dua penyokong kerajaan berhubung kenyataan mereka yang didakwanya menghina kerajaan.

Beliau berkata kritikan AP Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, dan AP Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman, menjurus kepada menghina kerajaan dan PM, DS Abdullah Ahmad Badawi dan beliau sendiri berhubung pelantikannya sebagai menteri.

Menteri di JPM, Datuk Zaid Ibrahim berkata :

“...YB Jerlun kata ‘terima kasih’ ingatkan tadi hendak ‘hit and run’ sahaja,.... saya ucap tahniah kepada YB Menteri setelah dilantik menjadi menteri terus bergerak merealisasikan manifesto pembangkang bukan manifesto BN ...”

Datuk Zaid berkata tindakan kedua-dua wakil rakyat BN itu mempertikaikan pelantikan beliau yang dibuat oleh PM bukan sahaja memalukan beliau selaku menteri tetapi juga memberi gambaran buruk kepada masyarakat.

Ketua Pemuda Umno, DS Hishammuddin Tun Hussein berkata :

“...dan saya akan kumpulkan, saya rasa kenyataan-kenyataan sebegini tak akan berhenti..percayalah...menjelang pemilihan UMNO ini..satu kenyataan demi satu kenyataan jadi saya nak kumpulkan semua kenyataan-kenyataan yang berhubungkait dengan Pemuda dan kita selesaikan sekaligus, kalau tak setiap minggu saya buat laporan ...”

PM, DS Abdullah Ahmad Badawi berkata :

“...setiap ahli Umno... kadang-kadang membuat tuduhan terhadap parti dan dasar parti. Amalan kita sekarang ini bukan kita menjadi satu perkara yang kita perlu ambil tindakan keras terhadap mereka..kalau apa yang dicakapkan agak salah ... tuduhan fakta yang digunakan salah fakta..maklumat tak betul...”

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkata :

“...saya juga rasa terkilan kerana beliau yang dulunya pernah diambil tindakan oleh Lembaga Displin Umno diatas salah laku politik... sekarang ini menjadi Menteri Undang-Undang dan sekarang ini bersyarah kepada kita mengenai undang-undang...ini saya ingat tak patut dan tak sesuai...seperkara lagi ialah beliau harus memahami kita dalam Parlimen telah menang dalam pilihanraya..itulah sebabnya kita berada dalam Dewan Rakyat ini ...”

No comments: