Thursday, May 29, 2008

PRESIDEN TERIMA EZAM MASUK UMNO

DS Abdullah Ahmad Badawi, Presiden UMNO Malaysia hari Rabu menerima bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Mohamad Ezam Mohd Nor kembali ke dalam Umno.

DS Abdullah Ahmad Badawi berkata :

“..Kemasukan Ezam, tak ada syarat apa-apa. Boleh terima dah. Tak ada keistimewaan apa-apa. Dia pun tak minta jawatan apa-apa. Dia hanya mahu berkhidmat dan berjuang dalam parti....”

Ditanya sama ada langkah Ezam itu memberi satu semangat baru kepada Umno, DS Abdullah berkata kemasukan orang menyertai Umno tentulah membantu kepada kekuatan Umno. Katanya Pemuda Umno tidak dibawa berbincang dalam hal ini tetapi pergerakan itu tidak ada bantahan. DS Abdullah berkata sama ada Ezam boleh dibenarkan bertanding untuk jawatan pada perhimpunan agung Umno Disember nanti perlu dirujuk kepada perlembagaan parti.

DS Abdullah berkata Ezam mahu pulang ke Umno dan akan terus berjuang dalam Umno mengikut matlamat dan tujuan parti itu. Ditanya mengenai imej Ezam yang kuat dibayangi DS Anwar Ibrahim, DS Abdullah berkata Ezam ikhlas mahu kembali dan akan dilihat kemudian bahawa kemasukannya boleh memberi ruang kepada orang lain menyokong Umno. PM berkata bahawa semasa di luar Umno, tentulah Ezam menjadi kritikal dengan apa yang berlaku dan kini beliau sudah bertukar fikiran.

DS Abdullah Ahmad Badawi berkata :

“..Mungkin kerana dia insaf serta sudah berada di kedua-dua belah pihak, mungkin Umno adalah lebih baik untuk menjadi landasan perjuangannnya.Patut kena tanya dia (perkara ini)....”

No comments: