Wednesday, May 21, 2008

IMPAK PRU-12



PRU ke-12 baru-baru ini benar-benar menjadi pengajaran kepada semua, siapa yang mampu menjangka setelah berjuang lebih 50 tahun akhirnya Allah mentakdirkan kita menjadi pembangkang yang kuat dalam gabungan Pakatan Rakyat yang kuat sebagai kuasa pengimbang check & balance kepada pemerintah UmnoBN yang selama ini sangat leka dan alpa dengan kuasa.

Sedar tidak sedar rupanya kita sudah berjaya menawan lima negeri, Umno terpaksa menerima kemenangan tipis membentuk kerajaan persekutuan dengan buat pertama kalinya dipukul teruk oleh pembangkang dengan kehilangan kerusi majoriti 2/3 yang berjaya mencatat satu sejarah lebih 50 tahun negara. Kezaliman dan ketidakadilan mereka akhirnya dihukum oleh Allah Taala dengan Allah mentakdirkan kemenangan kepada Pakatan Rakyat yang berjaya mengekalkan Kelantan, menawan Kedah,Perak,Pulau Pinang dan Selangor. Undi dan sokongan kaum cina dan india yang selama ini menjadi tongkat kuasa kepada UmnoBN yang memerintah selama hampir 51 tahun akhirnya berjaya dipatahkan akibat kesombongan mereka yang tidak sedar kuasa itu tidak kekal selama-lamanya melainkan kuasa Allah yang memiliki seluruh alam dan kerajaan.

Pengkhianatan mereka bukan sahaja kepada rakyat terbanyak malah sudah menjangkau batasan manusia dengan pelanggaran hak Allah yang terang-terang melawan hukum Allah. Suatu dosa yang sangat besar, apabila Umno mengikut telunjuk jalan kesesatan dengan memisahkan Islam sebagai agama dengan politik dan cara hidup. Ini tiadalah lain melainkan mengulangi sejarah bangsa yahudi dan penganut kristian yang ditipu oleh penguasa zalim yang memikirkan kuasa hanya ditangan mereka. Apa lagi yang Umno hendak dan mahukan dari rakyat Malaysia tiadalah lain melainkan mengulangi siri-siri rompakan terancang yang mencuri harta rakyat dengan bersikap munafik disuatu sudut bertopengkan perpaduan melayu dan disuatu sudut melakonkan watak pemimpin masyarakat majmuk. Pengalaman mendewasakan pemikiran, rakyat telah memberikan isyarat kepada UmnoBN sudah semakin lemah dan tidak relevan untuk memimpin rakyat.

Biar siapapun tokoh-tokoh besar menerajui parti mereka ia pastinya tidak berjaya mengubah perspektif rakyat yang mahukan perubahan. Kepimpinan Pak Lah Badawi selaku Perdana Menteri dan kehadiran anak 'hantunya' bernama Khairy sudahpun menjadi beban buat parti untuk dipulihkan semula. Sesungguhnya pintu taubat masih terbuka kepada semua pemimpin & penyokong Umno, itupun sekiranya mereka mahu bertaubat dan membuat perubahan, sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang ada dalam hati mereka.Sama-samalah kita berdoa kehadrat Allah supaya kita hidup aman dan harmoni dibawah kerajaan Pakatan Rakyat untuk mentadbir Malaysia ini mengikut hukum yang Allah tentukan mengikut kemampuan kita sebagai manusia yang diberikan amanah & hikmah....

No comments: