Sunday, November 16, 2008

BARISAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN PASIR GUDANG 2008 ~ 2011


Ucapan tahniah dan syabas kepada barisan kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang yang baru dipilih baru-baru ini. Moga-moga dengan barisan baru ini dapat memantapkan lagi serta memulihkan imej UMNO di mata masyarakat. Semua sayap dalam UMNO (Wanita / Pemuda / Puteri) perlu memainkan peranan yan penting masing-masing. Semoga kehadiran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang dapat dirasai oleh semua. Disertakan barisan saf kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang yangbaru bagi penggal 2008 ~ 2011.


Pengerusi Tetap

Sdr Moienuddin bin Zakaria




Timbalan Pengerusi Tetap

Sdr Najahan bin Maskom




Ketua Pemuda

Sdr Rohazam Shah bin Ahmad




Naib Ketua

Sdr Roslan bin Hassan




Pen. Setiausaha

Sdr Mohd Fadil bin Abu Kassim




Pen. Bendahari

Sdr Rosli bin Mohamed




Ketua Penerangan

Sdr Ramli bin Ahmad




Ahli Jawatankuasa

Sdr Mohd Fairuz bin Othman

Sdr Amran bin Arsat

Sdr Ridzuan bin Yahya

Sdr Abd Rashid bin Mohamed Nor

Sdr Ahmad Zaki bin Salikin

Sdr Mohd Radzi bin Hj Wahab

Sdr Huzailizan bin Misron

Sdr Muzilan bin Kamis

Sdr Mohd Azhar bin Othman

Sdr Roszaidi bin Ramlee

Sdr Mohd Khalimi bin Mohd Lia Khad Ali

Sdr Kamarulariffin bin Mohamed

Sdr Wan Hazan Amru bin Wan Hasbullah

Sdr Asren bin Ahad

Sdr Mohd Zamri bin Mohd Idros

Sdr Keliwan bin Misran

Sdr Azman bin Ajis

Sdr Nor Azleen bin Amrose


Sebarang maklumat atau pertanyaan berhubung Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang, boleh di ajukan kepada Penolong Setiausaha, Sdr Mohd Fadil bin Abu Kassim (0137531545). Harap maklum.

Sunday, June 29, 2008

CADANG BELI KONSESI LEBUHRAYA


MCA Selangor hari ini memohon kerajaan supaya mengurangkan atau menghapuskan bayaran tol di lebuh raya di Selangor bagi meringankan beban rakyat berikutan kenaikan harga minyak baru-baru ini.

Timbalan Pengerusi MCA Selangor, Datuk Tang See Hang berkata penghapusan atau pengurangan tol dapat dilaksanakan jika kerajaan membeli balik syarikat konsesi lebuh raya. Untuk tujuan itu, kerajaan boleh menggunakan pembayaran subsidi untuk petrol yang telah dijimatkan dan keuntungan yang diraih oleh Petronas hasil daripada peningkatan harga minyak mentah di pasaran antarabangsa yang mencecah US$142 setong semalam.

Oleh kerana Khazanah Nasional Bhd dan KWSP memegang 74.05% ekuiti dalam Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), MCA Selangor mencadangkan kerajaan persekutuan membeli PLUS dan seterusnya memansuhkan atau meminimumkan pembayaran tol.

Timbalan Pengerusi MCA Selangor Datuk Tang See Hang berkata :

“.....Jika kerajaan berhasrat untuk membeli PLUS, ia cuma perlu membeli sebanyak 1.3 bilion saham jika mengikut harga pasaran pada 20 Jun lepas iaitu RM2.82 sesaham, kerajaan hanya perlu menggunakan wang sebanyak RM3.67 bilion untuk memiliki syarikat PLUS sepenuhnya........”

Selangor merupakan negeri yang mempunyai banyak tol di mana daripada 28 syarikat konsesi lebuhraya yang beroperasi di Malaysia, 15 daripadanya mengendalikan lebuhraya di Selangor manakala kadar tol lebuhraya PLUS perlu dinaikkan setiap tiga tahun dan kerajaan terpaksa membayar pampasan jika kadar tol tidak dinaikan.

Oleh itu, beliau berkata MCA Selangor akan menghantar memorandum kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Ir Mohd Zin Mohamad pada 7 Julai ini berhubung pengurangan dan penghapusan bayaran tol di lebuh raya dalam negeri Selangor.

KM MELAKA TAK SETUJU; PEMUDA SOKONG SIAR DEBAT

Naib Presiden Umno, DS Mohd Ali Rustam tidak bersetuju jika RTM menyiarkan debat antara Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, DS Anwar Ibrahim berkaitan kenaikan harga minyak.

Beliau berkata adalah tidak wajar bagi RTM yang dimiliki kerajaan, jika mahu menyiarkan debat itu yang melibatkan DS Anwar yang sering menghentam kerajaan Barisan Nasional.

Naib Presiden Umno, DS Mohd Ali Rustam berkata :
“.....Saya berpendapat ini tindakan yang tidak wajar dan tidak relevan, langsung tak kena, langsung tak sesuai. Ia ibarat ambil pisau tikam diri sendiri, siapa Anwar Ibrahim kita nak bagi dia tempat dalam TV untuk membincangkan kenaikan harga minyak. Dia bertanding pun tidak, Ketua Parti pun tidak dan kredibel dapat tempat untuk mengutuk kerajaan dalam TV..Siapa dia? Kita bekerja bertungkus lumus untuk membela rakyat, menerangkan kepada rakyat......”

DS Mohd Ali yang juga KM Melaka mengulas penganjuran debat bertema "Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak" anjuran portal berita Agenda Daily yang dijadualkan pada 15 Julai depan di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Manakala, Pergerakan Pemuda Umno menyambut baik debat mengenai harga minyak antara Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), DS Anwar Ibrahim kerana ia akan memberi peluang kepada rakyat menilai antara realiti dengan janji yang dibuat pembangkang.

Naib Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata debat itu akan memberi peluang kepada rakyat menilai janji-janji yang dibuat oleh pembangkang untuk menurunkan harga minyak.

Kenyataan Naib Ketua Pemuda Umno,Khairy Jamaluddin :

“....Sebelum ini mereka bercakap dalam ceramah sahaja tiada siapa tanya apa kaedah...kini kerajaan boleh bertanya mereka.........”

“....Rakyat boleh tanya .... janji menurunkan harga minyak.....”

Beliau berkata kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan dengan pemimpin akar umbi dari enam bahagian Pemuda Umno di sini hari ini. Debat bertema "Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak" anjuran portal berita Agenda Daily itu dijadualkan pada 15 Julai depan di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Datuk Ahmad Shabery dan DS Anwar telah mengesahkan penyertaan mereka dan debat itu juga mungkin akan disiarkan secara langsung oleh beberapa stesen televisyen. Khairy berkata debat itu baik kerana ia memberi peluang kepada wakil kerajaan untuk memberi pandangan dan penjelasan berhubung isu berkenaan.

BERKEMPEN MENGIKUT GARIS PANDUAN

Ketua Penerangan Umno, TS Muhammad Muhamad Taib berkata calon-calon yang akan bertanding pada pemilihan Umno Disember ini boleh berkempen tetapi mestilah mengikut garis panduan yang akan dikeluarkan ibu pejabat Umno nanti.

Beliau berkata garis panduan berkenaan iaitu Kod Tata Etika Baru Pemilihan Umno akan dikeluarkan ibu pejabat Umno pada 17 Julai ini.

Ketua Penerangan Umno, TS Muhammad Muhamad Taib berkata :

“....Umno, oleh kerana dia satu badan yang formal kenalah digariskan betul-betul, tapi I’m sure ada yang tertinggal. Saya harap ahli-ahli parti patuh pada tatasusila hendak menjaga kekuatan parti elaklah dari terjebak dalam perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh parti.........”

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tata etika baru yang diluluskan Majlis Tertinggi (MT) Umno baru-baru ini. Terdapat beberapa calon yang membuat rungutan dan meminta Umno mengambil pendirian yang tegas samada membenarkan mereka berkempen atau sebaliknya.

Saturday, June 28, 2008

GAJI CEO TNB YANG MELAMPAU!

Buat tatapan rakan2 sahaja. Ini bukan nak menemplak mana-mana pihak tetapi cuma nak share dengan rakan2 tentang gaji CEO TNB tu....

Itu baru basic, lum campur bonus, elaun-elaun lain yang mungkin berjumlah RM xxxxxx.xx
(Dah jadi rezeki dia..) terimalah seadanya.
Tapi macam tak patut pulak dengan keadaan kerajaan dan rakyat dalam proses berjimat cermat; Pihak TNB mencadangkan gaji CEO naik 100% dari jumlah sekarang.
Wah.... naik tochang pulak. Tak agak-agak.

Tuesday, June 24, 2008

PENGGANTUNGAN ISA TAMAT


Ibu Pejabat Umno mengesahkan bahawa penggantungan keahlian TS Mohamed Isa Abdul Samad sebagai anggota Umno bagi kesalahan politik wang yang berkuatkuasa 24 Jun 2005, telah berakhir. TS Isa yang memenangi jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan parti 2004, sebelum didapati bersalah atas tuduhan itu, berkata beliau menerima surat daripada ibu pejabat Umno, Jumaat lepas yang memaklumkan penggantungan keahliannya berakhir hari ini.

Ditanya langkah seterusnya sama ada akan bergiat semula dalam politik termasuk bertanding pada pemilihan parti Disember ini, TS Mohamed Isa, yang menjadi MB Negeri Sembilan dari 1982 hingga 2004, berkata beliau belum membuat sebarang keputusan dan masih memikirkannya. Lembaga Disiplin Umno menggantung keanggotaan TS Mohamed Isa, 58, selama dua penggal atau enam tahun selepas mendapati beliau bersalah terhadap lima daripada sembilan pertuduhan politik wang semasa pemilihan parti pada 2004.

TS Mohamed Isa memenangi jawatan Naib Presiden Umno bagi penggal 2004/2007 dengan jumlah undian tertinggi iaitu 1,507 diikuti KM Melaka, DS Mohd Ali Rustam dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, TS Muhyiddin Yassin. Berikutan hukuman itu, TS Mohamed Isa turut digantung semua jawatannya dalam parti termasuk sebagai Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang.

Tempoh penggantungan keanggotaan TS Mohamed Isa kemudian dikurangkan dari enam tahun kepada tiga tahun selepas beliau mengemukakan rayuan pada 6 Julai 2005. Selepas digantung keahlian, TS Mohamed Isa telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan pada 17 Okt 2005.

PELUANG & RUANG TERBUKA LUAS


Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sedia menghadapi sesiapa sahaja bagi perebutan jawatan bagi di peringkat bahagian atau kebangsaan dalam pemilihan Umno akan datang, katanya demokrasi tidak menghalang sesiapa sahaja yang ingin bertanding.

Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata :

“....dalam pemilihan Umno ini kita perlu terbuka kepada apa-apa pertandingan yang akan berlaku, sebab parti ini mengamalkan demokrasi, jadi siapa saja yang nak bertanding samada di peringkat cawangan, bahagian baik di peringkat kebangsaan itu adalah perkara yang dialu-alukan.....”

“....Jadi kita tidak boleh tutup ruang kepada pemilihan pertandingan di dalam parti........”

Beliau diminta mengulas mengenai hasrat AJK Pemuda Bahagian Rembau, Azman Mohd Sah, bertugas sebagai ejen insuran, untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Bahagian itu pada Mesyuarat Agung pemilihan tahun ini.